PEJABAT DAERAH KENINGAU PEJABAT DAERAH KENINGAU
MAJLIS PERASMIAN SUKAN SAGA X TAHUN 2023

2023-12-16

Majlis Perasmian Sukan Sabah (SAGA) 2023 Ke-10
Daerah Keningau menghantar 337 atlet bagi menyertai 20 jenis acara sempena Sukan SAGA Edisi Ke-10 tahun 2023. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YAB ketua Menteri Sabah.

MAJLIS PERASMIAN PUSAT SAINS KENINGAU

2023-12-12

12 Disember 2023 - Majlis perasmian Pusat Sains Keningau yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah pada 12 Disember 2023 bertempat di Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau.Turut hadir YB Datuk Dr Haji Mohd. Arifin bin Mohd.Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah(KSTI), YB Datuk Robert Tawik, Pembantu Menteri Kerja Raya II Sabah, YBhg. Datuk Mohd Hanafiah bin Mohd. kassim, Setiausaha Tetap, KSTI, Ybhg. Datuk haji Raisin bin Saidin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Tuan Mohamad Fuad bin Rahman, Pengarah Pusat Sains Negara dan Tuan Peter Jonu Moinjil, Pegawai Daerah Keningau

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH KENINGAU 2023

2023-10-14

SUKAN NEGARA WADAH PERPADUAN NASIONAL
14 Oktober 2023
KENINGAU: Sukan Negara merupakan platform untuk menerapkan budaya aktiviti bersukan dan menjadi wadah perpaduan nasional.
Sambutan Hari Sukan Negara diadakan serentak dengan Sambutan Jubli Perak SMK Keningau 2, sekaligus mengumpul dana pembinaan dewan pelajar melalui aktiviti Fun Run 5km yang akan diadakan pada pagi ini. Antara yang menarik ialah hadiah cabutan utama iaitu sebuah kereta.
Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan berkata demikian di Majlis Sambutan Hari Sukan Negara Bahagian Keningau 2023 di Kompleks Sukan Keningau
Menurutnya untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju, 50 peratus penduduknya perlu aktif dalam aktiviti sukan, riadah dan kecergasan dan peratusan tersebut telah dicapai pada tahun 2022 berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
“Saya percaya matlamat ini dapat dicapai dengan adanya sokongan dan penglibatan menyeluruh daripada pelbagai lapisan masyarakat, sektor awam dan swasta, badan-badan sukan dan NGO,” katanya.
Jelasnya menerusi konsep FIT Malaysia, kerajaan dapat menggalakkan budaya bersenam dan bersukan sekaligus menitikberatkan penglibatan bersama dalam aktiviti sukan massa di bawah gerakan perdana seperti pagi ini.
“Program yang dapat melibatkan jumlah penyertaan ramai sebegini akan dapat membuka minat rakyat untuk sama-sama turun padang melakukan aktiviti yang sihat dan bermanfaat. Teruskan budaya sihat ini dan bagi pihak pimpinan negeri kita akan terus memberi sokongan dan galakan supaya aktiviti seumpama ini sentiasa diadakan di pelbagai peringkat,” katanya.
Katanya modul sambutan hari Sukan Negara hari ini disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Pelbagai aktiviti sukan diadakan, antaranya senamrobik, Fun Run 5km, Fun Ride 30km, futsal, bola jaring, catur, dart, e-sports, cardiofit, sukan tradisional dan autoshow.
“Ini salah satu platform untuk mempromosikan kepada rakyat bahawa senangnya bagi kita melakukan aktiviti sukan demi mendapat kesihatan yang baik. Saya juga menyeru agar semua rakyat di negeri ini dapat menggunakan kemudahan sukan yang sediada bagi memastikan kecergasan tubuh badan kita sentiasa dapat ditingkatkan,” katanya.
Beliau berharap gerakan perdana program sukan negara itu dapat memberi kesan positif dalam pemerkasaan budaya gaya hidup sihat, kecergasan dan rekreasi di negeri ini.

Kredit : FB Jeffrey G. Kitingan Page

MESYUARAT LEMBAGA PERLESENAN DAN EKSAIS BAHAGIAN PEDALAMAN

2023-09-22

Mesyuarat Lembaga Perlesenan Dan Eksais Bahagian Pedalaman ini telah diadakan pada 22 September 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Padas, Pejabat Daerah Tenom. Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk memproses dan seterusnya meluluskan permohonan-permohonan pembaharuan / permohonan baharu lesen arak bahagian pedalaman.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Keningau, Encik Peter Jonu selaku pengerusi Lembaga Perlesenan Dan Eksais Bahagian Pedalaman. Turut hadir Naib Pengerusi 1, Encik Sobitun Makajil, Wakil Naib Pengerusi 2, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Cawangan Keningau, Ahli-Ahli Lembaga dan Pemerhati.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT DAERAH KENINGAU 2023

2023-09-15

15 Sept 2023 | 8.00 pagi | Jumaat
Perkarangan Tugu Batu Sumpah, Keningau

Majlis Perasmian Sambutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Keningau dan History@Sabah Museum Sempena Hari Malaysia 2023 | Dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah I, Merangkap Menteri Pertanian Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Ahli Parlimen P.180 Keningau dan ADUN N.39 Tambunan. Turut hadir bersama ialah YB Datuk Joiniston Bangkuai, Pembantu Menteri Pelancongan,Kebudyaan dan Alam Sekitar Sabah, YB Datuk Robert Tawik, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah merangkap ADUN N.40 Bingkor, YB Datuk Annuar Datuk Ayub, ADUN N.41 Liawan, Datuk Flovia Ng, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah merangkap ADUN N.44 Tulid.

KARNIVAL GEGAR KENINGAU 3.0

2023-09-15

Karnival Gegar Keningau 3.0
15-17 September 2023 Bertempat di Padang Bandaran Keningau

Karnival Gegar Keningau 3.0 ini merupakan kali ketiga dianjurkan. Pada kali ini, karnival ini dianjurkan oleh Majlis Tindakan Pelancongan Daerah Keningau yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Keningau dengan kerjasama Keningau Tourism Association, Sabah Tourism Board dan Majlis Daerah Keningau.

Majlis Istiadat Konvokesyen Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) Kali Ke-17.

2023-09-14

Majlis Istiadat Konvokesyen IPDAS Kali Ke -17 akan dilaksanakan pada 14 September 2023 bersamaan 28 Safar 1445H bertempat di Dewan Tun Sakaran IPDAS Keningau.
Majlis Istiadat Konvokesyen pada kali ini disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.
Pejabat Daerah Keningau dipertanggungjawabkan sebagai Protokol Daerah dan dibantu oleh Protokol Negeri.

DURIAN & KOPI FEST 2023

2023-09-10

Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian Perikanan dan Industri Makanan Sabah YB Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan menyempurnakan Pesta Durian dan Kopi Keningau 2023 pagi ini. Turut mengiringi Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Liawan YB Datuk Annuar Ayub Aman, Ketua Penolong Pegawai Daerah mewakili Pegawai Daerah Keningau dan Pegawai Daerah Tambunan, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan dan pemimpin setempat yang lain.

Pesta ini menjanjikan memikat selera para pengunjung dengan adunan unik durian dan kopi, menawarkan sambutan dua hidangan kegemaran Malaysia dalam satu acara menarik, dikelilingi oleh keindahan alam semula jadi hab Agropelancongan Keningau, Tenom dan Tambunan di mana para pengunjung akan mendapati diri mereka tenggelam dalam suasana yang meriah.

GOTONG ROYONG MEGA KG KUANGOH BINGKOR, KENINGAU.

2023-08-26

Satu aktiviti gotong-royong Mega telah dijalankan di Kampung Kuangoh Bingkor pada 26 Ogos 2023 dengan ucapan perasmian telah disampaikan oleh Tuan Inchek Anam, Penolong Pegawai Daerah Keningau mewakili YB Datuk Robert Tawik, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, ADUN N 40 Bingkor.
Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau dengan kerjasama daripada agensi-agensi lain iaitu Pejabat Daerah Keningau, Majlis Daerah Keningau, UPPM N40 Bingkor, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Perpaduan dan Integrasi National, Keningau FM, Pegawai KRT Kg. Kuangoh dan JPKK Kg. Kuangoh.
Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama dikalangan penduduk untuk sentiasa menjaga kebersihan persekitaran dan memusnahkan tempat-tempat yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk aedes. Gotong royong ini dihadiri oleh seramai 187 orang. Antara acara yang dijalankan adalah seperti Taklimat Ringkas Aktiviti Gotong Royong Hapus Aedes yang disampaikan oleh Dr. Nor Atiqah Zakaria dan aktiviti senameobik yang dikendalikan oleh pasukan Wellness Hub Keningau.

Penyampaian Watikah Pelantikan kepada Jawatankuasa Penyelaras KDCA Daerah Keningau bagi sesi 2022-2025

2023-08-19

Ketua Penolong Pegawai Daerah Keningau, Puan Easter Michael Sutili @ Norhafizah mewakili Pegawai daerah Keningau menyaksikan Penyampaian Watikah Pelantikan kepada Jawatankuasa Penyelaras KDCA Daerah Keningau bagi sesi 2022-2025 yang disempurnakan oleh YB Datuk Robert Tawik ADUN N.40 Bingkor

Perasmian Tagal Tradisi Kg Samalang

2023-08-17

Ketua Penolong Pegawai Daerah Keningau mewakili Pegawai daerah Keningau ke perasmian Tagal Tradisi Kg Samalang yang dianjurkan oleh Jabatan Perikanan Sabah cawangan Keningau.Tagal sungai ini dilaksanakan diatas inisiatif AJK Tagal Kg Samalang sendiri. Perasmian ini disempurnakan oleh YB Datuk Annuar Ayub Aman, ADUN N.41 Liawan
Tagal atau lebih tepat lagi sistem tagal merupakan satu pendekatan tradisional penduduk Sabah dalam memulihara sumber perikanan sungai. Melalui sistem itu, tiada sesiapapun dibenar menangkap ikan di kawasan sungai tertentu yang ditagalkan. Sesiapa yang melanggar peraturan itu boleh dikenakan sogit (denda) oleh Ketua Kampung atau Ketua Daerah berdasarkan Enakmen Perikanan Darat & Akuakultur Sabah 2003.
Kita amat menggalakkan usaha sebegini dibuat di kawasan kampung yang berdekatan sungai demi mengekalkan keindahan dan mengelakkan pencemaran disamping memulihara ikan sungai agar tidak pupus.

Lawatan tapak pencerobohan ladang Jabatan Haiwan

2023-08-16

Lawatan tapak pencerobohan ladang jabatan haiwan oleh Pegawai Daerah Keningau bersama kakitangan Jabatan Haiwan Daerah Keningau

KONVOI MERDEKA PERINGKAT DAERAH KENINGAU 2023

2023-08-11

Pelepasan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2023 telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah, merangkap Menteri Pertanian & Perikanan diperkarangan Batu Sumpah Keningau. Konvoi ini kemudiannya diteruskan ke Kolej Vokasional Keningau, SM Ken Hwa & Kg Padang Tembak Keningau. Rombongan Pejabat Daerah Keningau pula diketuai oleh Puan Easter Michael Sutili @ Norhafizah, Ketua Penolong Pegawai Daerah Keningau.
Dalam pada masa yang sama, saya turut menyampaikan Jalur Gemilang sebagai simbolik Sambutan bulan kebangsaan kepada Pengerusi-Pengerusi JKKK di Kg. Padang Tembak , Keningau
Semoga acara sebegini dapat meningkatkan semangat patriotisme dan rasa cintakan tanah air dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Hentian terakhir dan acara Perasmian Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2023 Negeri Sabah Peringkat Daerah Keningau bertempat di Kampung Kota Ayangan, Keningau.
Program dirasmikan oleh Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan, Timbalan Ketua Menteri 1 Sabah merangkap Menteri Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan dan Pejabat Daerah Keningau dihadiri oleh Encik Mohd Azri Jaini Jeffrey, Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pembangunan) mewakili Pegawai Daerah Keningau

Pegawai Daerah Keningau bersama ADUN N.41 Liawan Datuk Annuar Ayub Aman membuat lawatan ke dua tapak projek di kawasan Lingkudau

2023-08-05

Pegawai Daerah Keningau bersama ADUN N.41 Liawan Datuk Annuar Ayub Aman membuat lawatan ke dua tapak projek di kawasan Lingkudau :-
1.Konkrit jalan masuk dewan Kg Lingkudau
2.Konkrit jalan masuk ke Surau An-Nur Kg Lingkudau
Kedua-dua projek ini disiapkan melalui peruntukan khas pembangunan ADUN N.41 Liawan..
Semoga bermanfaat...

Majlis Perasmian Pusat Informasi Pelancongan Daerah Keningau 25 Julai 2023

2023-07-25

Disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan
Wujudnya Pusat Informasi Pelancongan Daerah Keningau ini adalah inisiatif dan usaha daripada Pengerusi Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Daerah Keningau bersama dengan YB Datuk Robert Tawik, Pejabat Daerah Keningau dan Majlis Daerah Keningau, maka tercetuslah idea untuk membina sebuah Pusat Informasi Pelancongan. Pusat informasi ini adalah sejajar dengan misi untuk mempromosikan Keningau sebagai “THE HINTERLAND GEM OF NORTH BORNEO”.
Pusat Informasi Pelancongan Daerah Keningau ini merupakan pusat maklumat atau informasi kepada pengunjung luar yang datang ke Daerah Keningau ini untuk mendapatkan perkhidmatan maklumat dan perkhidmatan pelancongan seperti produk pelancongan, lokasi-lokasi penginapan, sejarah, pusat beli belah, tempat makan, fasiliti kerajaan, kesihatan dan sebagainya.
Pusat Informasi Daerah Keningau ini juga akan digunakan untuk menganjurkan pelbagai program pembangunan pelancongan dan juga acara-acara kebudayaan seperti pameran dan pertunjukkan kebudayaan. Selain itu, Pusat Informasi Pelancongan Daerah Keningau akan turut mempromosikan produk-produk pelancongan di seluruh kawasan Pedalaman Atas Sabah.
Makluman kepada semua, didalam bangunan ini juga akan disediakan pameran gambar-gambar lama yang mempunyai nilai sejarah, bahan-bahan promosi produk pelancongan dan turut disediakan Handicraft Souvenir Shop yang akan dikendalikan oleh usahawan Pusat Kraftangan Sabah.
Dengan kewujudan Pusat Informasi Pelancongan Daerah Keningau ini. Kini, kita boleh dikategorikan sebagai mesra pelancong dan ini akan menggalakkan lagi kehadiran pelancong ke Daerah Keningau ini kerana memudahkan mereka mendapatkan pelbagai maklumat dan perkhidmatan pelancongan dengan mudah yang mana usaha ini akan dapat melonjakkan lagi kehadiran pelancong dan sosio ekonomi masyarakat di daerah ini.

Foto dan info : Keningau Tourism & Cultural Association

MOTAC BERSAMA KOMUNITI PERINGKAT DAERAH KENINGAU 2023

2023-06-18

YAB Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Hj Noor, Ketua Menteri Sabah merasmikan Majlis MOTAC Bersama Komuniti Keningau
Turut menyambut ketibaan YAB Ketua Menteri ialah Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia Dato Sri Tiong King Sing, Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain.
YAB Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor dalam ucapannya berkata pemilihan Keningau sebagai pintu masuk ke daerah di Pendalaman adalah bertepatan kerana ia berkembang pesat, banyak berpotensi untuk pertumbuhan dan pembangunan ekonomi.
Kerajaan Negeri melihat Keningau sebagai hub pembangunan Pendalaman kerana potensi besarnya untuk pengembangan sektor pertanian.
“Baru-baru ini pada bulan Mei yang lalu, Sabah telah mencatatkan sejarah setelah dinamakan lokasi ketiga di dunia memiliki Triple Crown UNESCO berikutan pengisytiharan Geo Park Negara Gunung Kinabalu sebagai The Kinabalu UNESCO Geo Park,” katanya.
YAB Ketua Menteri berkata Sabah mempunyai lebih 40 kumpulan etnik, dan lebih 200 kumpulan sub etnik dengan bahasa dan budaya tersendiri seperti Kadazan, Dusun dan Murut yang menjadikan pelancongan sebagai salah satu teras utama bersama pertanian dan perindustrian sebagai strategi dan pendekatan kerajaan negeri untuk merancakkan pembangunan.
“Pelancongan adalah sektor pertumbuhan produktif yang akan menjadi tumpuan kami, dan sebanyak RM134.59 juta telah diperuntukkan kepada sektor pembangunan pelancongan di Negeri Sabah,” katanya.
Menurutnya sejak sempadan dibuka berikutan Covid-19, Sabah menerima peningkatan pelawat domistik dan antarabangsa, dan dari Januari hingga ke April tahun ini, Sabah mencatatkan 792,899 ketibaan pelancong. 565,424 daripadanya adalah pelancong domistik sementara 227,475 merupakan pelancong antarabangsa.
Dijangkakan di penghujung tahun ini Sabah akan menerima 1.7 juta pelawat memberikan petanda yang lebih baik dan memerlukan lebih banyak penerbangan langsung ke Kota Kinabalu.
Kerajaan Negeri meletakkan pelancongan berasaskan komuniti sebagai keutamaan kerana ia membuka peluang yang lebih luas kepada pengusaha pelancongan di luar bandar bagi menambah sumber pendapatan selain memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Pada tahun 2019, dua projek perintis di Kiulu Tuaran, dan di Kadamaian Kota Belud telah menunjukkan prestasi yang sangat baik. Daerah Kecil Kiulu telah mencatatkan RM5.45 juta hasil pendapatan dengan 54,000 pelawat dan mengwujudkan 300 peluang pekerjaan. Sementara Kadamaian mencatat RM2.57 juta hasil pendapatan dengan 21,000 pelawat dan mengwujudkan 252 peluang pekerjaan.
Usaha dan mekanisma yang sama telah digunapakai di seluruh negeri termasuk Pendalaman dan Keningau. Kaedah tersebut menyajikan pelbagai tarikan pelancong dan antaranya ialah aktiviti kembara, budaya, alam sekitar, makanan dan sejarah.
“Sejajar dengan itu Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar telah memperuntukkan RM10 juta di bawah Sabah New Deal untuk memperbaiki infrastruktur asas pelancongan luarbandar. Limpahan peruntukan ini juga dirasai di kawasan Keningau, Nabawan, Tenom dan Tambunan.”
YAB Ketua Menteri berterimakasih atas peruntukan RM2 juta dari MoTAC dan seterusnya berkata peruntukan tersebut akan dikhususkan untuk menaiktaraf keadaan ataupun infra pelancongan di Daerah Keningau.

Minggu Integriti Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah

2023-06-14

Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah mengadakan Minggu Integriti Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah bermula 12 - 16 Jun 2023 bertempat di Bangunan KPLB Sabah. Program ini melibat semua Pejabat-Pejabat Daerah Negeri Sabah.

SEMINAR ICT PERINGKAT PEDALAMAN ATAS

2023-06-07

SEMINAR ICT PERINGKAT PEDALAMAN ATAS INI YANG DIANJURKAN OLEH JKPN KENINGAU PADA 7 JUN 2023 BERTEMPAT DI PUSAT KRAFTANGAN KENINGAU. PEJABAT DAERAH KENINGAU TELAH MERANGKUL 3 ANUGERAH IAITU
1. JOHAN LAMAN WEN TERBAIK KATEGORI PEJABAT DAERAH
2. ANUGERAH PENGGUNA SISTEM APLIKASI GENERIK KERAJAAN KATEGORI PEJABAT DAERAH
3. ANUGERAH WEBMASTER PEKA - PUAN KHAIRUNISSA BINTI WAN SAHDI

Mesyuarat meluluskan lesen menjual lesen memabukkan bahagian pedalaman atas tahun 2023

2023-05-26

Mesyuarat meluluskan lesen menjual lesen memabukkan bahagian pedalaman atas tahun 2023 di Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Sandakan

MAJLIS PERASMIAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT DAERAH KENINGAU 2023

2023-05-13

Majlis Perasmian Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Keningau Tahun 2023
Disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan
Timbalan Ketua Menteri I Sabah
Merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah.
Ahli Parlimen P.180 Keningau
Selaku Pengaerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah.

TAKLIMAT KESEDARAN KANSER DAN PENERANGAN PROGRAM MY PLEDGE AGAINST CANCER (IMPAC)

2023-04-11

TAKLIMAT KESEDARAN KANSER DAN PENERANGAN PROGRAM MY PLEDGE AGAINST CANCER (IMPAC) DISAMPAIKAN OLEH NATIONAL CANCER COUNCIL MALAYSIA (MAKNA) DI PEJABAT DAERAH KENINGAU

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT DAERAH KENINGAU

2023-04-10

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT DAERAH KENINGAU BIL.1/2023 INI TELAH DIADAKAN DI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SABAH. TURUT HADIR BERSAMA ADALAH WAKIL DARIPADA PIHAK JPANS DAN KPLBS. OBJEKTIF UTAMA MESYUARAT INI ADALAH MEMBINCANGKAN PERMOHONAN KENAIKAN PANGKAT / TUKAR LANTIK KAKITANGAN PEJABAT DAERAH KENINGAU.

MAJLIS UPACARA ANGKAT SUMPAH DAN PENYAMPAIAN WATIKAH AHLI-AHLI MAJLIS DAERAH KENINGAU

2023-04-04

Pegawai Daerah Keningau, Tuan Neldin Gimbang menghadiri Majlis Upacara Angkat Sumpah dan Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Daerah Keningau Sesi 2023 hingga 2025 yang diadakan di Hotel Perkasa Keningau pada pagi ini.

Majlis angkat sumpah ini disaksikan dan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan, Timbalan Ketua Menteri l Sabah merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah.

Tahniah diucapkan kepada 19 orang Ahli-Ahli Majlis Daerah yang baru dilantik untuk sesi ini, semoga dapat membantu meningkatkan pembangunan dan kesejahteraan rakyat untuk Daerah Keningau.

Semoga terdapat juga usaha-usaha untuk mewujudkan pelbagai kemudahan yang berimpak besar dan dirasai oleh masyarakat Daerah Keningau.

MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN DAERAH KENINGAU

2023-03-24

MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN DAERAH KENINGAU BIL.1/2023

MESYUARAT JAWATANKUASA FOCUS GROUP

2023-03-22

MESYUARAT JAWATANKUASA FOCUS GROUP BIL.1/2023

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG PEJABAT DAERAH KENINGAU DAN PEJABAT DAERAH KECIL SOOK 2022

2023-03-20

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG PEJABAT DAERAH KENINGAU DAN PEJABAT DAERAH KECIL SOOK 2022 INI TELAH DIRASMIKAN OLEH YB DATUK ROBERT TAWIK, PEMBANTU MENTERI KERJA RAYA SABAH MERANGKAP ADUN N.40 BINGKOR BERTEMPAT DI HOTEL PERKASA KENINGAU

LAWATAN KERJA Y.BHG DATUK (DATU) ROSMADI DATU SULAI , JP - KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH

2023-03-16

LAWATAN KERJA Y.BHG DATUK (DATU) ROSMADI DATU SULAI , JP - KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH KE PEJABAT DAERAH KENINGAU